Foto Saya
Nama:
Lokasi: Cengkareng, DKI Jakarta, Indonesia

Hadapi dengan senyuman Semua yang terjadi biarlah terjadi Hadapi dengan tenang Semua akan baik-baik saja. Bila ketetapan Tuhan sudah ditetapkan tetaplah sudah Tak ada yang bisa merubah dan tak akan pernah bisa berubah. Rela kanlah saja ini bahwa semua yang terbaik Terbaik untuk kita. Mengalahlah untuk menang.

Minggu, 11 Mei 2008

Islam mudah di pahami dan di pelajari

Di dalam bab ke-14 buku Riyadh al-Salihin, Imam
al-Nawawi telah menamakan tajuk bab tersebut sebagai
"al-Iqtisaad fi al-`Ibadaat" . Tajuk tersebut membawa
makna "bersederhana di dalam beribadat". Beliau telah
memulakan perbincangan bab tersebut seperti
kebiasaannya dengan membawa dua potong ayat al-Quran
(Taha: ayat 1&2; al-Baqarah: ayat 185). Kemudiannya,
beliau membawa hadis-hadis yang berkaitan dengan makna
kesederhanaan Islam di dalam beribadat.

Menariknya, kebanyakan hadis-hadis yang majoritinya
dipetik dari al-Bukhari dan Muslim adalah berkisar
tentang arahan Rasulullah SAW kepada para sahabat agar
tidak melampau-lampau di dalam beribadat. Samada ianya
berbentuk larangan, suruhan mahupun pengiktirafan
kepada apa-apa perbuatan sahabat yang berkaitan dengan
konsep bersederhana di dalam beribadat. Sebagai
contohnya hadis rowayat Aisyah mengenai tiga orang
sahabat di mana di antara mereka ada yang enggan tidur
dan hanya ingin bertahajjud, ada pula yang ingin
berpuasa tanpa berbuka, dan ada pula yang tidak mahu
bernikah. Kemudiannya Rasulullah SAW menegur mereka
dan menyatakan itu bukanlah sunnah baginda.

Begitu juga hadis mengenai anjuran Rasulullah SAW
kepada Hanzalah dan Abu Bakar agar tidak ekstrim dan
menunaikan hak keluarga, isteri dan tubuh badan.
Banyak lagi hadis-hadis lain yang membawa erti
seumpama itu. Kesimpulannya, bagi sesiapa yang
menyelusuri bab tersebut, mereka akan dapat melihat
konsepkesederhanaan di dalam Islam. Jelaslah seperti
yang Allah SWt tekankan di dalam surah al-Baqarah ayat
185, Allah inginkan kemudahan bagi kita dan tidak
mahukan kepayahan kepada kita.

Ayat-ayat dan hadis-hadis di dalam bab tersebut
hanyalah secebis dari kesederhanaan Islam, agama
fitrah. Jika dilihat secara menyeluruh, Syariat Islam
itu sendiri merupakan sesuatu yang fitrah dan
realistik. Tidak ada ibadat di dalam Islam yang sukar
dilakukan oleh manusia biasa. Tiada ibadah di dalam
Islam yang khusus untuk segolongan dan tidak dapat
diamalkan oleh sebilangan besar yang lain. Islam juga
tidak mempunyai ibadat mahupun ritual yang
menyakitkan, menyukarkan dan membebankan penganutnya.
Jika ada yang menyikapi Islam sebagai payah dan sukar,
ternyata iman belum benar-benar bersemadi di dalam
dadanya.

Jika dilihat lebih mendalam lagi, tiada istilah
pembaziran di dalam ibadat-ibadat yang disyariatkan.
Tiada ibadat yang memaksa agar umat Islam melukakan
atau menyiksa diri sendiri. Tiada juga ibadat di dalam
Islam yang memaksa umatnya membazir tanpa tujuan.
Tiada colok yang perlu dibakar, tiada kertas yang
perlu dibakar, tiada makanan yang perlu dibazirkan
untuk tuhan, tiada apa-apa yang perlu dipersembahkan
untuk tuhan jika ingin beribadat. Begitu juga Islam
tidak memaksa umatnya agar dikasi ataupun menghindari
perkahwinan semata-mata untuk mendekatkan diri kepada
tuhan. Lebih terkejut, bersama dengan isteri, ataupun
si isteri bersama dengan suami pun akan diberikan
pahala!

Islam juga tidak anti ilmu. Islam tidak anti perubahan
dan kemajuan. Islam juga tidak menggalakkan taklid
buta dan memperhambakan diri sesama manusia di atas
nama agama.Tiada kekuasaan golongan agama seperti
kekuasaan gereja di zaman kegelapan Eropah. Islam juga
tidak menjadikan kefahaman agama dalam bentuk yang
sempit hanya kepada persoalan mistik dan tahyul. Islam
agama rasional dan ilmu. Malangnya, umat Islam sahaja
yang kadang-kadang bersikap skeptik, jumud dan juga
tidak rasional di dalam beragama. Lebih malang apabila
tiada dokotomi di antara agama dan adat tradisional,
sehinggakan agama akan menjadi begitu lucu, khurafat
dan bahan lawak jenaka. Kejahilan umat dan juga
kelesuan ulama. Lebih malang apabila agama dijadikan
alat para tirani untuk menjustifikasikan kezaliman
mereka, maka Islam akan sentiasa dilihat sebagai
anti-tesis.

Kesederhanaan Islam ini walau bagaimanapun akan
menjadi hilang dan kabur dek kejahilan umat dan
kesesatan sesetengah penganutnya. Hal inilah yang
menjadi realiti kepada nasib Islam pada hari ini.
Pengamalan yang bukan dari ajaran Rasulullah SAW
ditonjolkan sehinggkan Islam menjadi begitu hina dan
pelik. Lebih malang lagi jika pengamalan tersebut
menyerupai amalan kaum kufar dan penyembah berhala.
Hal inilah yang melata di negara-negara Islam.
Sehinggakan penganut Islam dilihat sebagai tiada beza
dengan penganut agama Hindu, Buddha dan juga golongan
Animisme.

Menjelang 10 Muharram sehinggalah di hari saya menulis
ini (hampir dua minggu), stesen-stesen telivisyen
milik kaum Syiah di Iran, Iraq dan Lubnan masih lagi
menayangkan ritual berkaitan peristiwa Karbala.
Nyanyian, ratapan, tangisan, jeritan, acara melukakan
diri, mengetuk diri, menyakitkan diri dan juga
pelbagaian ritual yang tidak pernah diajarkan oleh
Rasulullah SAW menjadi acara harian. Dari yang
berserban, sehinggalah kepada mereka yang berada di
jalanan, kaum Syiah menyakitkan diri demi memperingati
kematian cucu Nabi Muhammad SAW. Jika dilihat sekali
lalu, tiada bezanya dengan acara Thaipusam di Batu
Caves.

Di Iraq, acara menyakitkan diri dan perarakan memukul
diri kini telah menjadi upacara besar-besaran di atas
restu penjajah Amerika Syarikat. AS yang datang
menjajah Iraq telah memberikan ruang seluas-luasnya
kepada kaum Syiah di Iraq untuk berkuasa dan
menyebarkan ajaran Syiah mereka. Kaum Syiah yang
merupakan rakan karib penjajah AS di bumi Iraq juga
dibenarkan mempunyai stesen televisyen Satelit mereka
dengan banyak sekali. Acara Ashura ataupun Karbala
disambut dengan semeriah mungkin di seluruh Iraq.
Pemandangan yang tidak pernah dilihat di zaman Saddam.
Di Arab Saudi pula, kaum Syiah telah disokong oleh AS
dan pertubuhan hak asasi kemanusiaan untuk memaksa
kerajaan Saudi membenarkan upacara Karbala dilakukan
secara besar-besaran.

Bagi umat Islam (selain Syiah) di bumi UK, tiada yang
lebih memalukan daripada perarakan menyakitkan diri
ini dilakukan di kota London. Mujurlah kerajaan UK
tidak membenarkan peserta perarakan melukakan dan
memukul diri dengan senjata, jika tidak, sudah banyak
darah yang telah ditumpahkan demi perayaan tersebut di
bumi London. Ketika ditemuramah oleh stesen televisyen
BBC, salah seorang peserta perarakan Ashura menyatakan
bahawa penduduk bukan Islam di UK perlu didedahkan
dengan upacara perayaan besar kaum Muslimin!

Ketika kaum Muslimin pro-Palestin sedang mengadakan
demonstrasi di 10 Downing street memaksa kerajaan UK
peduli kepada nasib umat Islam di Gaza, kaum Syiah
pula berpesta dengan perarakan Ashura mereka. Tidak
kelihatan pula bendera Hizbullah di dalam demonstrasi
Gaza tersebut. Mungkin hal umat Islam di Gaza tidak
memberikan apa-apa makna kepada peserta Ashura
tersebut.

Saya terfikir, jika saya seorang yang bukan Muslim,
pastinya saya akan mengatakan, "Islam adalah seperti
Hindu, Islam ada Ashura, Hindu ada Thaipussam",
kedua-duanya begitu menyakitkan. Jika kaum Hindu
menyakitkan diri dengan mencucuk dan melukakan badan
mereka pada hari Thaipussam, kaum Syiah pun melakukan
perkara yang sama pada hari tersebut. Begitulah
payahnya Islam dan buruknya Islam jika penganutnya
tidak mengikuti sunnah Rasulullah SAW. Mungkin ini
jugalah hikmahnya Imam al-Nawawi memilih tajuk
kesederhanaan, Islam itu memang sederhana jika
menuruti sunnah Rasulullah SAW, dan akan menjadi payah
dan sukar jika mengikuti selain dari sunnah baginda
SAW.

Label:

0 Komentar:

Posting Komentar

Berlangganan Posting Komentar [Atom]

<< Beranda